Latest Movie :
Recent Movies

l11


JENIS CANGKUK (HOOK) LANGSIR

Jenis (A): 4 besi- Digunakan untuk langsir jahit lurus (day & night curtains) yang menggunakan pita lubang supaya nampak bentuk kedutan yang ringkas.

Jenis (B): 1 besi (Single hook)- Digunakan untuk kepala/kening langsir (langsir siap bentuk yang menarik) yang menggunakan pita lubang.

Jenis (C): Pin hook (Tajam)- Digunakan untuk langsir yang menggunakan pita kosong (langsir jenis lipatan ringkas berkedut). Dicucuk pada kain bahagian belakang langsir dan disangkut pada rel seperti biasa.

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami..

Sila datang lagi…

CARA MENGUKUR LEBAR DAN LABUH LANGSIR

Berikut merupakan cara mengukur lebar dan labuh langsir:



Gambar 1- Untuk lebar, jika hanya ada 1 besi rel sahaja, ukur dari hujung kanan ke hujung kiri besi rel anda:

Gambar 2- Untuk lebar yang mempunyai 2 besi rel, ukur dari hujung besi rel kedua ke hujung besi rel kedua (kanan ke kiri atau kiri ke kanan):
- Jika 3 besi rel, langkah yang sama ukur dari hujung besi rel ketiga ke hujung besi rel ketiga, kanan ke kiri atau kiri ke kanan.

*Langkah ini sekiranya anda inginkan kepala langsir anda menutupi keseluruhan besi rel, jika tidak inginkan anda hanya perlu mengukur seperti gambar 1.*












Gambar 3- Untuk labuh, ukur dari besi rel ke bawah mengikut labuh yang diinginkan:
Selamat mengukur^^

TEMPAHAN JAHITAN LANGSIR

  1. Mesej (SMS sahaja) ke 017-9349958 (Ayesha) untuk maklumbalas segera berkaitan tempahan. Email: ayeshahouse@gmail.com.
  2. Dekorasi langsir untuk ruang tamu, bilik, dapur, tirai pintu, ruangan pejabat, dewan acara dan sebagainya.
  3. Harga mengikut ukuran LEBAR REL langsir bagi pattern. Harga tidak termasuk kain. Pita langsir percuma. (Info: 1 kaki=12 inci).
  4. Menerima kain untuk dijahit. Anda boleh membeli kain di gedung pilihan dan pos ke sini untuk diproses menjadi langsir.
  5. Juga menawarkan khidmat pembelian kain langsir secara percuma mengikut warna dan corak (bunga/abstrak/kosong) pilihan anda. 
  6. Jika mempunyai design (bentuk lakaran) langsir sendiri, boleh kirimkan melalui email.
  7. Tiada had minimum kuantiti tempahan, 1 keping juga diterima. Kuantiti banyak juga diterima.
  8. Tempoh siap: 2 minggu atau bergantung pada kuantiti tempahan.
Harga-harga jahitan langsir di Ayesha House Design:-

    1)  jahit body biasa rm 6/sekaki
    2)  jahit body biasa + hooke langsir rm 12 sekaki
    3)  design box pleate biasa+hooke langsir rm rm 13 sekaki
    4)  design box pleate double+hooke langsir rm 18 sekaki
    5)design box pleate butang+hooke langsir rm 18 sekaki
    6)tripple pleate biasa + hooke langsir rm 8 sekaki.
    7)design tripple pleate butang+hooke langsir rm 12 sekaki
    8)design goblet biasa + hooke langsir rm 10 sekaki
    9)design goblet butang + hooke langsir rm 13 sekaki
    10)design scallop biasa + hooke langsir rm 22 sekaki
    11)design scallop tie + hooke langsir rm 25 sekaki
    12)design royal scallop + hooke langsir rm 22 sekaki
    13)roman blind kosong tak termasuk track rm 10 sekaki
    14)roman blind + palmet tak termasuk track rm 15 sekaki
    15)roman blind kosong termasuk track rm 32 sekaki
    16)roman blind + palmet termasuk track rm 37 sekaki.
    17)design ring curtain rm 10 sekaki.
    18)design cafe curtain biasa rm rm 10 sekaki
    19)design cafe curtain + butang rm 15 sekaki.
    20)design palmet biasa rm 10 sekaki
    sekiranya berminat boleh call Ayesha untuk membuat quotation atau pm picture dan ukuran pada Ayesha 017-9349958

PENGENALAN

Assalamualaikum/salam sejahtera. Semoga anda sihat dan ceria.

Ayesha House Design merupakan perniagaan jahitan online dan offline . Untuk pengetahuan anda, beroperasi/menjahit di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Malaysia.

Tempahan jahitan adalah secara biasa, online melalui email/sms, penghantaran menggunakan PosLaju Malaysia. Mesej (SMS) ke 017-9349958 untuk maklumbalas segera berkaitan tempahan. Klik Facebook.

Sentiasalah kunjungi kami untuk menikmati promosi-promosi akan datang!

Perancangan Masa Depan 

Kami sedang merancang untuk mengembangkan lagi skop perniagaan kami iaitu dengan tidak hanya mengambil tempahan/upah menjahit sahaja, tetapi kami akan memulakan dengan menjual langsir siap pasang dan juga sarung kusyen perhiasan secara online. Untuk langsir pasang siap, labuh langsir adalah mengikut kehendak pelanggan (biasanya jika membeli langsir siap pasang, labuh langsir tidak mengikut kehendak pelanggan dan mereka tepaksa menghantar kepada tailor untuk diubah).

Sekiranya semua perancangan telah siap,kami akan paparkan langsir-langsir kami di dalam blog ini.

Terima kasih.
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AYESHA HOUSE & BOUTIQUE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger